Archive for May, 2008




~$ Ayat-ayat cinta

Artist : Rossa
Title : Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud

Add comment May 15, 2008

~= Fitna.. satu propaganda @ bala?

Umumnya, filem fitna ialah filem pendek yang didokumentarikan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang ternyata menyebarkan suatu propaganda iaitu muslim (orang islam) adalah suatu ancaman baru kepada Negara-negara Barat.

Di dalam dokumentari tersebut, Dapat dilihat musuh-musuh islam menyelewengkan makna sebenar 4 ayat al-quran di mana ayat yang menekankan kita memerangi orang-orang kafir harbi. Kemudian, dipertontonkan klip-klip ucapan pemimpin-pemimpin dunia islam yang menyeru kepada jihad yang dilihat sebagai terlalu ingin membunuh mereka (org barat). Diwawancara pula anak-anak pelarian dan orang-orang tertentu yang mana memburuk-burukkan lagi islam.

Hakikatnya, dunia islam menjadi gempar dengan peristiwa ini. Dapat dilihat berlakunya demonstrasi jalanan sehingga membawa keganasan di seluruh dunia berdekatan dengan Kedutaan Belanda.

Seharusnya, masyarakat umum islam marah terhadap propaganda ini yang ternyata menambahkan lagi islamophobia di kalangan orang barat selepas peristiwa 9/11. Perbuatan Geert yang ternyata boleh memesongkan pandangan masyarakat barat yang tidak tahu apa itu islam sebenar.

Namun, penyebaran dokumentari fitna itu bukanlah sekadar propaganda, namun ianya juga adalah bala yang diturunkan oleh ALLAH kepada umat islam yang semakin lalai dan lupa. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Namun, mari kita berfikir kembali bagaimana sejarah kejatuhan empayar Turki Uthmaniah kepada tentera-tentera kafirun semasa perang dunia pertama. Adakah kejatuhan empayar itu semata-mata hanya kerana kekalahan kepada pihak byzantin? Tidak, itulah bala yang diturunkan kepada umat islam yang semakin leka. terlalu mencari kuasa, terlalu mencari harta, terlalu mencari takhta dan terlalu mencari wanita.

Oleh itu, mari kita renungkan kembali…
Adakah kita umat islam ini bersatu atas nama saudara seislam? Adakah kita berani bangkit apabila saudara kita diserang oleh musuh-musuh islam?

Senario hari ini jelas kelihatan saudara seagama ini sudah tidak lagi bersatu, malah semakin banyak kabilahnya. Sehinggakan musuh kita terang-terang menghina agama ini, tetapi tiada daya upaya umat islam yang lebih daripada separuh populasi dunia untuk menentang.

Seharusnya kita bangkit bersama-sama menentang musuh islam, bukanlah bertelagah sesama sendiri. “Bersatu itu adalah pokok segala kebaikan, dan berpecah itu adalah pokok segala perpecahan,” kata Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad di dalam bukunya “Nasihat Agama dan Wasiat Iman”.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk terus menerus memerangi kegiatan tentera zionis dan byzantin ialah:

1) Menunjukkan ketidakpuashatian dengan memboikot barangan keluaran Belanda.

2) Menyokong filem-filem yang menerangkan keindahan islam seperti filem Ayat-ayat Cinta (DIambil daripada novel Habiburrahman Saerozi)yang bakal ditayangkan di pawagam berhampiran.

3) Memerangi secara terang-terangan kafir-kafir harbi ini. Jika tidak boleh dengan kuasa, perangilah dengan kata-kata. Jika tidak boleh perangi dengan kata-kata, maka bencilah kamu sebenci-bencinya perbuatan mereka itu di dalam hati.

Ayat-ayat cinta bakal menjadi filem yang dapat menolak ideologi songsang musuh islam terhadap islam. Insya Allah, saya akan membicarakan berkenaan dengan filem Ayat-ayat Cinta pula selepas ini. (Tak khatam lagi membaca novelnya)…

Add comment May 14, 2008

:: Ucapan

Assalamualaikum…

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang wish selamat hari lahir @ dlm omputih Hepy besday kepada ku…hehehe .. thanks yer kawan2…semua kawan2 semua juga dapat menyambut besday korang pada hari2 akan datang…semoga apa yg korang lakukan mendapat keredhaan dr ALLAH….

Tinta ini dari blog ain yg ditujukan kpd ana:

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

 p/s : Tenkiu kpd kawan2 semua

Add comment May 14, 2008

*:: Antara Dua Cinta.. (Dedikasi untuk anak muda)

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggamanDunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilangTuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh 

 

 

Add comment May 14, 2008

;;~ Filem Fitna sebagai pengajaran…

 

 

Filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders baru-baru ini telah mendapat kecaman yang hebat oleh hampir semua masyarakat Islam di dunia. Di malaysia isu mengenai filem ini turut mendapat perhatian setelah ianya dibangkitkan oleh golongan atasan di dalam negara.

Apabila sesuatu perkara itu menjadi perhatian dan dengan sifat semula jadi yang ada didalam diri manusia, maka manusia akan mencari sumber bagi mendapatkan kebenaran mengenai apa yang dikhabarkan tentang filem itu. Jadi sumber yang cukup popular dikalangan masyarakat hari ini adalah melalui internet. saya sendiri telah menontonnya di internet melalui saluran You Tube iaitu satu-satunya saluran TV yang gagal dikawal ataupun disekat oleh kerajaan Malaysia.

Daripada pemerhatian yang dibuat, filem ini jelas cuba menyemai kebencian agama lain terhadap agama Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama yang ganas dan tidak berperikemanusian. Apa yang dipertontonkan seolah-olah Islam itu tertegak dengan kekerasan atau melalui peperangan. Sebagai seorang yang beragama Islam kita mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin Allah Subhanahuwata’ala, persoalannya disini kenapa filem ini di izinkan Tuhan? Apa iktibar yang boleh kita ambil daripada filem ini?

Setelah menonton, saya dapati proses pembikinan filem ini adalah cukup mudah dengan hanya mengambil beberapa petikan ayat Al-Quran dan para pelakonnya adalah terdiri daripada umat Islam sendiri. Kelakuan-kelakuan yang ditunjukkan oleh umat Islam terutama sekali yang berada di timur tengah gagal mencerminkan Islam sebagai agama kedamaian. Di timur tengah pelbagai aksi ganas umat islam sewaktu mengadakan demonstrasi dan rusuhan telah dimuatkan didalam filem ini dan terdapat juga petikan petikan-petikan ucapan daripada tokoh-tokoh agama timur tengah telah dipaparkan, jelas sekali ucapan mereka itu menyeru kepada keganasan sehingga berlaku beberapa siri penentangan yang dianggap sebagai jihad sedangkan kadang-kadang ianya lari daripada landasan agama Islam yang sebenar.

Islam adalah sebagai satu agama yang menyeru kepada kedamaian di mana ianya berkembang melalui akhlak dan perlakuan yang baik di kalangan penganutnya, tetapi hari ini ianya gagal dicerminkan oleh ramai penganut agama Islam itu sendiri. Ini telah menjadi penyumbang utama kepada salah tanggapan orang lain terhadap agama Islam itu sendiri.

Hari ini jabatan-jabatan agama Islam seperti JAKIM, imam masjid yang dibayar, penceramah-penceramah Profesional kelas A dan parti politik yang mengaku sebagai Parti Islam mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada kekeliruan yang berlaku terhadap agama Islam, terutamanya didalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Disini pihak kerajaan hendaklah menganjurkan beberapa siri dialog terbuka atau dimasjid-masjid memberi ulasan dan penerangan terhadap apa yang dipaparkan oleh Filem Fitna ini. Penjelasan terhadap petikan ayat suci Al-Quran yang di salah ertikan di dalam filem Fitna ini perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan terhadap agama Islam terus berlaku. Penerangan mengenai agama Islam adalah satu sebagai agama yang sentiasa menganjur kepada kedamaian perlu dijelaskan kepada masyarakat.

Sebagai seorang umat Islam kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar agar sentiasa bersedia membawa imej Islam sebagai satu agama Kedamaian dan bagi menjayakannya umat Islam perlulah menghayati apakah itu Ihsan, Iman dan Islam, agar kita dapat membawa agama Islam ini sepertimana yang dianjur oleh Nabi Muhammad SAW.

Anak muda Islam perlu sentiasa bersedia, kerana pada hari ini peperangan Idelogi dianatara Yahudi (zionis) dan Islam jelas ketara berlaku dan menjadi isu antarabangsa. Penyediaan anak muda bagi meningkatkan keimanan perlu dianjurkan kerana hari ini ramai yang tahu berbicara mengenai Islam tetapi gagal menghayati apa itu Iman. Maka apa yang terjadi hari ini generasi muda kita amat mudah hanyut ke dalam dakyah-dakyah Yahudi (zionis), lihat sahaja permasalahan moral dan isu murtad dikalangan umat Islam di negara kita hari ini.

Add comment May 14, 2008

Previous Posts

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category