Archive for May 1st, 2008
.: ~ Resepi Al-Quran
KETIKA berada di bawah tekanan yang menyempitkan dada, lazimnya fikiran akan bercelaru, jiwa tergoncang dan tiada yang menyelimuti perasaan melainkan kesedihan dan putus asa. Tekanan kehidupan silih berganti merempuh jiwa.
Kadang-kadang ia menyebabkan kita menjadi hilang kawalan, sekali gus hilang keimanan. Begitulah ujian yang menyebabkan matinya hati, kerasnya jiwa dan tawarnya perasaan. Satu langkah untuk menghidupkan kembali hati yang tercedera adalah dengan menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya.
Satu resipi daripada al-Quran yang agung, firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kalian, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya.” (Surah Al-Anfal, ayat 24)
Hati memerlukan makanan yang paling berkhasiat supaya tetap bertenaga melawan nafsu syahwat yang mengganggunya. Menyahut seruan Allah dan Rasul bermakna berada dalam ikatan Allah dan Rasul-Nya di mana saja berada.
Dalam keadaan sibuk atau senang, dengan langkah kaki yang berat atau ringan, hati yang benci atau suka, namun tetap menyahut seruan Allah dengan taat dan setia. Kadang-kadang kita mesti memaksa diri untuk melawan hasrat nafsu. Sebelum kejahatan itu berubah menjadi amalan harian dan kebiasaan buruk susah ditinggalkan.
Menyahut seruan Allah mampu menghidupkan hati. Sesungguhnya manusia sentiasa mengalami kematian dan hidup semula. Iaitu ketika hati mereka mati kemudian disimbah cahaya iman sehingga ia hidup kembali.
Keadaan ini berulang-ulang dialami setiap insan. Bagaimana mungkin ia tidak sedar ketika hatinya mengalami sakaratul maut? Untuk itu, Al-Quran mengajarkan kita sentiasa bermohon kepada Allah supaya hati tidak tersesat dan mati berulang kali.
Add comment May 1, 2008
.:: Falsafah Nusra
“Jangkakanlah kemungkinan terburuk dalam setiap
perancangan hidup kita walaupun dalam masa
sama kita berusaha untuk mendapat hasilan yang
terbaik di pengakhirannya. Semoga kelak kita
takkan menyesal keterlaluan, apabila gagal
mencapai apa yang diidam….Begitu juga apabila
kita menyayangi seseorang cukuplah sekadarnya,
jangkakan kemungkinan untuk kehilangannya
dengan cara yang paling menyayat atau
membenci dengan cara yang paling dahsyat
tatkala dia tidak mampu membalasi kasih kita
dengan sempurna…Bencilah jua seseorang
berpada, dan simpanlah kemungkinan jatuh hati
dan mencintainya dalam situasi terdesak apabila
terpaksa memohon bantuannya dalam keadaan
sesak…Bila begitu, moga hidup kita sama-sama
lebih tenteram, jiwa menjadi tenang..”
” Setiap manusia, pasti menginginkan bahagia
dalam kehidupannya. Meskipun sentiasa disapa
derita, tiada siapa yang mahu merana selamanya
dan tentunya berharap ada bahagia di penghujung
usia. Bukan satu penafian, setiap insan wajar
mendapat hak dan tempat utk merasa
demikian..walaupun seringkali berlaku
ketidakadilan…>>>Begitulah juga hakikat kau dan
aku..
Namun, adakalanya…kita terpaksa membina
kebahagiaan diatas penderitaan insan lain, yang
rapat dengan kita, pernah menjadi kawan malah
mungkin sedang menyayang. Dalam satu
pandangan yang lurus, kita pastinya dianggap
kejam kerana sanggup berbuat kehinaan,
membangunkan istana permata diatas sungai air
mata manusia lain…>>>antara yang menderita
dan berbahagia itu, mungkin juga engkau dan
mungkin juga aku…
Dalam hidup ini juga kita mmg sentiasa diberi
pilihan dalam beberapa persimpangan..sebagai
makhluk waras, kita pastinya mahu yang terbaik
dalam setiap pilihan yang kita ada.
Bagaimanapun, kita harus akur, kita juga ciptaan
lemah, sesekali pasti tersilap membuat
perhitungan, lantas membuat keputusan yang
menyimpang landasan.
Bila kita tersilap langkah, tanpa sengaja ada hati
yang berdarah…Biarpun kita berasa bersalah
kerana ingin berpatah arah lantaran nampak sinar
lain di haluan sebelah. Sesungguhnya hati kita
pasti sentiasa gundah selagi kita berada di jalan
yang salah..>>>Yang berdarah dan bersalah,
mungkin engkau dan mungkin aku…
TUHAN dengan sifat
pemaaf…ampunkanlah bila seseorang itu
bersalah..walaupun yang terluka itu nampak
berdarah, namun yang bersalah juga
parah…Justeru, dengan ampun…yang berdarah
boleh diubat, yang parah boleh dirawat…
Semoga istana yang dibina diatas sungai airmata
menjadi sampan yang mungkin mampu
menyelamatkan nyawa yang kelemasan…Biarlah
benar bicara seorang teman, jika kita tidak boleh
merasa bahagia, bagaimana kita mahu membantu
insan yang derita…Jadi, jika peluang sahabat kita
bahagia dahulu sebelum kita, dan air mata kita jadi
sungainya, berilah dia laluan…..kerana tiada siapa
yang tahu, suatu waktu nanti mungkin kita juga
perlu mengecap bahagia daripada selautan
airmatanya pula….”
Add comment May 1, 2008
“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.”
Add comment May 1, 2008
.: Renungkan…
“Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
Add comment May 1, 2008
~ Sekadar mengingatkan…
Hanya Ingin Mengingatkan …
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ….
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Add comment May 1, 2008
| Previous Posts |