Posts filed under '^_^|| Cerita-ceriti ||^_^'




~& Maksud, Fadhilat & Khasiat Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.Ia dinamakan ‘Ummul Quran” (yang bermaksud induk Al-Quran) atau “Ummul Kitab” (yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH :

1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki- Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”

Sesungguhnya fadilat Surah al-Fatihah itu terlalu besar. Ia bacaan yang wajib setiap kali solat dan diulang sebanyak 17 kali sehari. Sebahagian fadilat yang dapat dikongsi ialah Rasulullah SAW pernah bersabda `’fatihatul kitab itu ubat dari segala penyakit’.

Dalam hadis yang lain Baginda menyatakan ‘Fatihatul kitab adalah ubat bagi segala racun’. Banyak kitab masyhur membicarakan mengenai fadilat surah al-Fatihah dalam merawat pesakit sama ada mental atau fizikal. Ia juga digunakan untuk mendapatkan kesembuhan sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu bahawa dia pernah sakit di Makkah, tanpa tabib dan ubat. Lalu dia minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap orang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Surah al-Fatihah hendaklah dibaca dengan ikhlas dan betul bacaannya supaya mendapat fadilat dan keberkatan. Amalkan membaca fatihah setiap kali selepas solat sunat insya-Allah banyak keberkatan yang diperolehi serta sebagai persediaan diri dan pengadang dari keburukan.

p/s: Ini adalah salah satu article yang sy cari di internet utk dikongsi bersama..

sumber: tafsir al-Quran online
maksud, fadhilat dan khasiat surah al-Fatihah

Add comment August 6, 2008

~= Fitna.. satu propaganda @ bala?

Umumnya, filem fitna ialah filem pendek yang didokumentarikan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang ternyata menyebarkan suatu propaganda iaitu muslim (orang islam) adalah suatu ancaman baru kepada Negara-negara Barat.

Di dalam dokumentari tersebut, Dapat dilihat musuh-musuh islam menyelewengkan makna sebenar 4 ayat al-quran di mana ayat yang menekankan kita memerangi orang-orang kafir harbi. Kemudian, dipertontonkan klip-klip ucapan pemimpin-pemimpin dunia islam yang menyeru kepada jihad yang dilihat sebagai terlalu ingin membunuh mereka (org barat). Diwawancara pula anak-anak pelarian dan orang-orang tertentu yang mana memburuk-burukkan lagi islam.

Hakikatnya, dunia islam menjadi gempar dengan peristiwa ini. Dapat dilihat berlakunya demonstrasi jalanan sehingga membawa keganasan di seluruh dunia berdekatan dengan Kedutaan Belanda.

Seharusnya, masyarakat umum islam marah terhadap propaganda ini yang ternyata menambahkan lagi islamophobia di kalangan orang barat selepas peristiwa 9/11. Perbuatan Geert yang ternyata boleh memesongkan pandangan masyarakat barat yang tidak tahu apa itu islam sebenar.

Namun, penyebaran dokumentari fitna itu bukanlah sekadar propaganda, namun ianya juga adalah bala yang diturunkan oleh ALLAH kepada umat islam yang semakin lalai dan lupa. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Namun, mari kita berfikir kembali bagaimana sejarah kejatuhan empayar Turki Uthmaniah kepada tentera-tentera kafirun semasa perang dunia pertama. Adakah kejatuhan empayar itu semata-mata hanya kerana kekalahan kepada pihak byzantin? Tidak, itulah bala yang diturunkan kepada umat islam yang semakin leka. terlalu mencari kuasa, terlalu mencari harta, terlalu mencari takhta dan terlalu mencari wanita.

Oleh itu, mari kita renungkan kembali…
Adakah kita umat islam ini bersatu atas nama saudara seislam? Adakah kita berani bangkit apabila saudara kita diserang oleh musuh-musuh islam?

Senario hari ini jelas kelihatan saudara seagama ini sudah tidak lagi bersatu, malah semakin banyak kabilahnya. Sehinggakan musuh kita terang-terang menghina agama ini, tetapi tiada daya upaya umat islam yang lebih daripada separuh populasi dunia untuk menentang.

Seharusnya kita bangkit bersama-sama menentang musuh islam, bukanlah bertelagah sesama sendiri. “Bersatu itu adalah pokok segala kebaikan, dan berpecah itu adalah pokok segala perpecahan,” kata Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad di dalam bukunya “Nasihat Agama dan Wasiat Iman”.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk terus menerus memerangi kegiatan tentera zionis dan byzantin ialah:

1) Menunjukkan ketidakpuashatian dengan memboikot barangan keluaran Belanda.

2) Menyokong filem-filem yang menerangkan keindahan islam seperti filem Ayat-ayat Cinta (DIambil daripada novel Habiburrahman Saerozi)yang bakal ditayangkan di pawagam berhampiran.

3) Memerangi secara terang-terangan kafir-kafir harbi ini. Jika tidak boleh dengan kuasa, perangilah dengan kata-kata. Jika tidak boleh perangi dengan kata-kata, maka bencilah kamu sebenci-bencinya perbuatan mereka itu di dalam hati.

Ayat-ayat cinta bakal menjadi filem yang dapat menolak ideologi songsang musuh islam terhadap islam. Insya Allah, saya akan membicarakan berkenaan dengan filem Ayat-ayat Cinta pula selepas ini. (Tak khatam lagi membaca novelnya)…

Add comment May 14, 2008

;;~ Filem Fitna sebagai pengajaran…

 

 

Filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders baru-baru ini telah mendapat kecaman yang hebat oleh hampir semua masyarakat Islam di dunia. Di malaysia isu mengenai filem ini turut mendapat perhatian setelah ianya dibangkitkan oleh golongan atasan di dalam negara.

Apabila sesuatu perkara itu menjadi perhatian dan dengan sifat semula jadi yang ada didalam diri manusia, maka manusia akan mencari sumber bagi mendapatkan kebenaran mengenai apa yang dikhabarkan tentang filem itu. Jadi sumber yang cukup popular dikalangan masyarakat hari ini adalah melalui internet. saya sendiri telah menontonnya di internet melalui saluran You Tube iaitu satu-satunya saluran TV yang gagal dikawal ataupun disekat oleh kerajaan Malaysia.

Daripada pemerhatian yang dibuat, filem ini jelas cuba menyemai kebencian agama lain terhadap agama Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama yang ganas dan tidak berperikemanusian. Apa yang dipertontonkan seolah-olah Islam itu tertegak dengan kekerasan atau melalui peperangan. Sebagai seorang yang beragama Islam kita mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin Allah Subhanahuwata’ala, persoalannya disini kenapa filem ini di izinkan Tuhan? Apa iktibar yang boleh kita ambil daripada filem ini?

Setelah menonton, saya dapati proses pembikinan filem ini adalah cukup mudah dengan hanya mengambil beberapa petikan ayat Al-Quran dan para pelakonnya adalah terdiri daripada umat Islam sendiri. Kelakuan-kelakuan yang ditunjukkan oleh umat Islam terutama sekali yang berada di timur tengah gagal mencerminkan Islam sebagai agama kedamaian. Di timur tengah pelbagai aksi ganas umat islam sewaktu mengadakan demonstrasi dan rusuhan telah dimuatkan didalam filem ini dan terdapat juga petikan petikan-petikan ucapan daripada tokoh-tokoh agama timur tengah telah dipaparkan, jelas sekali ucapan mereka itu menyeru kepada keganasan sehingga berlaku beberapa siri penentangan yang dianggap sebagai jihad sedangkan kadang-kadang ianya lari daripada landasan agama Islam yang sebenar.

Islam adalah sebagai satu agama yang menyeru kepada kedamaian di mana ianya berkembang melalui akhlak dan perlakuan yang baik di kalangan penganutnya, tetapi hari ini ianya gagal dicerminkan oleh ramai penganut agama Islam itu sendiri. Ini telah menjadi penyumbang utama kepada salah tanggapan orang lain terhadap agama Islam itu sendiri.

Hari ini jabatan-jabatan agama Islam seperti JAKIM, imam masjid yang dibayar, penceramah-penceramah Profesional kelas A dan parti politik yang mengaku sebagai Parti Islam mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada kekeliruan yang berlaku terhadap agama Islam, terutamanya didalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Disini pihak kerajaan hendaklah menganjurkan beberapa siri dialog terbuka atau dimasjid-masjid memberi ulasan dan penerangan terhadap apa yang dipaparkan oleh Filem Fitna ini. Penjelasan terhadap petikan ayat suci Al-Quran yang di salah ertikan di dalam filem Fitna ini perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan terhadap agama Islam terus berlaku. Penerangan mengenai agama Islam adalah satu sebagai agama yang sentiasa menganjur kepada kedamaian perlu dijelaskan kepada masyarakat.

Sebagai seorang umat Islam kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar agar sentiasa bersedia membawa imej Islam sebagai satu agama Kedamaian dan bagi menjayakannya umat Islam perlulah menghayati apakah itu Ihsan, Iman dan Islam, agar kita dapat membawa agama Islam ini sepertimana yang dianjur oleh Nabi Muhammad SAW.

Anak muda Islam perlu sentiasa bersedia, kerana pada hari ini peperangan Idelogi dianatara Yahudi (zionis) dan Islam jelas ketara berlaku dan menjadi isu antarabangsa. Penyediaan anak muda bagi meningkatkan keimanan perlu dianjurkan kerana hari ini ramai yang tahu berbicara mengenai Islam tetapi gagal menghayati apa itu Iman. Maka apa yang terjadi hari ini generasi muda kita amat mudah hanyut ke dalam dakyah-dakyah Yahudi (zionis), lihat sahaja permasalahan moral dan isu murtad dikalangan umat Islam di negara kita hari ini.

Add comment May 14, 2008

\(*_*)/ My Birthday …

8 may merupakan hari bersejarah bg diriku, dimana aku dilahirkan. Bersyukur kehadrat ilahi kerana aku masih bernyawa sehingga sekrang dan sempat menyambut kelahiranku yang ke-**… Terima kasih mak ayah kerana melahirkan aku kat dunia ini…

Semoga diriku lebih tabah untuk mengharungi hari2 mendatang serta dirahmati dan diredhai ALLAH..

Kepada kawan2..terima kasih diatas ucapan kamu semua… semoga hidup korang semua dirahmati ALLAH hendaknya…ANA minta maaf sekiranya ada salah n silap sepanjang kite berkawan…thanks to being my friends… GOOD LUCK in your LIFE !!!…

SALAM …:D

Add comment May 8, 2008

.::! HATI-HATI GERAK LIDAHMU BILA MEMUJI.. OH !

Seringkali kita lihat makhluk memuji sesama makhluk. [lebih kepada ‘hayawan natiq’ lah]. Ada orang puji boss supaya dapat naik pangkat, ada puji supaya orang lain balas pujiannya dengan pujian yang lebih baik.. Benda ini banyaknya berlaku dikalangan budak-budak perempuan.. Contoh :-

Minah : Tipah kau nampak cantik gilerr lah hari ini,aku tak tipu ! [walhal dalam hati menidakkan apa yang dipujinya]

Tipah : Ye ke? Kau pun apa kurang cantiknya, banyak laki-laki luar sana minta kau jadi girlfriend diorang..

Aminah : [ Tersipu-sipu malu]

Jadi, sepertimana mengumpat,mengejek,menghina dan sebagainya itu dilarang oleh syara’,maka seperti itu jugalah pujian yang diberikan oleh si pemuji itu akan menjadi haram hanya apabila :-

[1] Bila berlebih-lebihan dalam memuji sehingga akhirnya pujiannya itu menjadi dusta belaka.
[2] Bila adanya pujian itu, timbul perasaan riak dalam dirinya, seolah-olah dia menunjukkan cintanya terhadap orang yang dipujinya, ataupun dia sendiri tidak meyakinkan semua kata-kata pujiannya itu, maka dengan demikian dia telah menajdi seorang yang riak dan juga munafik.
[3] Bila memuji dengan mengatakan sesuatu yang diri sendiri tidak tahu sama ada betul atau tidak pujian yang diberikannya itu.
[4] Bila memuji untuk menggembirakan orang yang dipujinya meskipun orang itu seorang yang zalim atau fasiq.

Manakala mengenai orang yang dipuji itu pula hanya akan mengundang bahaya-bahaya dalam dirinya apabila :-

[1] Bila dipuji, akan mula rasa takabbur dan ‘ujub di mana kedua-dua sifat ini tidak lain hanya akan membinasakan dirinya.
[2] Bila dipuji, hati akan menjadi tenang dan gembira sehingga menyebabkan dirinya cuai dengan kesalahan-kesalahannya,dan menganggap dirinya sudah sempurna disebabkan pujian yang diberikan terhadapnya. Kemudian usahanya akan berkurang untuk membuat amalan-amalan yang baik.

Adakah pujian itu sememangnya dilarang oleh syarak secara mutlak?!

Jadi, diantara keadaan-keadaan yang membenarkan kita untuk memuji adalah :-

* Apabila pujian itu dapat menyelamatkan dari bahaya-bahaya ini ( sifat takabbur dsb)
sama ada pada diri si pemuji mahupun yang dipuji, maka tidak mengapalah untuk memberikan pujian itu, malah di dalam sesetengah perkara mungkin menjadi sunnat.

Kesimpulannya :

Orang yang mahu memuji itu sepatutnya tidak tergesa-gesa dalam memberikan pujian melainkan setelah dia mengetahui benar tentang diri orang yang dipujinya itu.

Ya Allah, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui, janganlah menyalahkan aku disebabkan apa yang mereka katakana, dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan !”

[Doa Hadrat Ali rdanhu ketika dipuji]

Add comment May 3, 2008

Previous Posts

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

December 2009
M T W T F S S
« Aug    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Posts by Month

Posts by Category