Posts filed under '.::~* Hawa *~::.'




.:: 9 Siti Pilihan …

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,
setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan
musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira’.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan
maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik
utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.

10) Siti Nurhaliza?

- Anda fikirkan…

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm
rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Add comment May 3, 2008

~~ Puisi tudung…

mengapa malu tudung itu
kau malu atau tak mahu
aku tahu kau tahu
rambutmu yang bubuh ungu itu
tak dapat tidak
adalah yang paling dungu

mengapa malu tudung itu
kau campak ke tilam tidurmu
kau renyuk masuk almari baju
lepas sekolah kau togel kepalamu
kau bubuh syampoo
tapi bau sampah yang aku bau
kau tahu aku tahu
rambutmu banyak kutu

mengapa malu tudung itu
kau kata jika pakai kepalamu menggerutu
maka timbul rasa gatal menggaru-garu
tapi bila kau tak pakai tudung itu
kau masih gatal semahu-mahu
bila kau garu aku nampak hantu
menggerbang macam nak makan aku

kau kata kau ayu tanpa tudung itu
kau sisir rambutmu kemas ke bahu
kau senyum cheese dan aku tangkap gambarmu
tapi aku tahu kau tahu
gambar itu merakam satu maksiat pada Tuhanmu
kerana melanggar syariat tidak tutup auratmu
kau suruh aku simpan gambar itu
aku senyum malu-malu
lalu aku conteng gambar itu tutup auratmu
kau jerit melolong penat kau control ayu
tapi kau tahu aku tahu
malaikat rekod amalanmu
kelak di padang mahsyar kau tonton dengan pilu
mengapa tidak kau tutup auratmu
dengan tudung itu

aku kirimkan gambarmu bertudung itu
minta kau perhati betul-betul wajahmu
apakah ada cacat dan cela bila kau pakai tudung itu
bukankah perhiasanmu terpelihara kemas dalam tudung itu
Allah juga memelihara hambaNya yang punya rasa malu
dari memperlihatkan aurat dan berbuat maksiat
aku tahu kau tahu
kau bertudung lebih ayu
baru kelihatan kesopanan perempuan melayu

tapi hari ini aku malu dengan tudung itu
bukan kerna kau campakkannya seperti dulu
tapi kerana kau bertudung sambil perlihatkan pusatmu
apakah erti kau bertudung itu?
andai kau pakai baju ketat adikmu
tonjol dada tonjol pusat pada aku
aku tahu kau tahu
tudung itu sangat malu denganmu

IBN MUKHTAR
(31 JANUARI 2007)

Puisi pilihan. Karya Ibn Mukhtar. Perhatikan pada tiap baris puisi ini. Nak tergelak pun ada tapi puisi ini benar-benar mencuit hati saya. Mudah-mudahan ‘mereka‘ akan tergerak niat untuk memakai ‘proper hijab‘ bila sudah membaca puisi ini. )

Add comment May 3, 2008

~`~ Di sebalik air mata wanita…

“Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita…
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah…”

Add comment May 3, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Aug    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Posts by Month

Posts by Category