:: Ucapan

Assalamualaikum…

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang wish selamat hari lahir @ dlm omputih Hepy besday kepada ku…hehehe .. thanks yer kawan2…semua kawan2 semua juga dapat menyambut besday korang pada hari2 akan datang…semoga apa yg korang lakukan mendapat keredhaan dr ALLAH….

Tinta ini dari blog ain yg ditujukan kpd ana:

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

 p/s : Tenkiu kpd kawan2 semua

Add comment May 14, 2008 ana

*:: Antara Dua Cinta.. (Dedikasi untuk anak muda)

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggamanDunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilangTuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh 

 

 

Add comment May 14, 2008 ana

;;~ Filem Fitna sebagai pengajaran…

 

 

Filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders baru-baru ini telah mendapat kecaman yang hebat oleh hampir semua masyarakat Islam di dunia. Di malaysia isu mengenai filem ini turut mendapat perhatian setelah ianya dibangkitkan oleh golongan atasan di dalam negara.

Apabila sesuatu perkara itu menjadi perhatian dan dengan sifat semula jadi yang ada didalam diri manusia, maka manusia akan mencari sumber bagi mendapatkan kebenaran mengenai apa yang dikhabarkan tentang filem itu. Jadi sumber yang cukup popular dikalangan masyarakat hari ini adalah melalui internet. saya sendiri telah menontonnya di internet melalui saluran You Tube iaitu satu-satunya saluran TV yang gagal dikawal ataupun disekat oleh kerajaan Malaysia.

Daripada pemerhatian yang dibuat, filem ini jelas cuba menyemai kebencian agama lain terhadap agama Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama yang ganas dan tidak berperikemanusian. Apa yang dipertontonkan seolah-olah Islam itu tertegak dengan kekerasan atau melalui peperangan. Sebagai seorang yang beragama Islam kita mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin Allah Subhanahuwata’ala, persoalannya disini kenapa filem ini di izinkan Tuhan? Apa iktibar yang boleh kita ambil daripada filem ini?

Setelah menonton, saya dapati proses pembikinan filem ini adalah cukup mudah dengan hanya mengambil beberapa petikan ayat Al-Quran dan para pelakonnya adalah terdiri daripada umat Islam sendiri. Kelakuan-kelakuan yang ditunjukkan oleh umat Islam terutama sekali yang berada di timur tengah gagal mencerminkan Islam sebagai agama kedamaian. Di timur tengah pelbagai aksi ganas umat islam sewaktu mengadakan demonstrasi dan rusuhan telah dimuatkan didalam filem ini dan terdapat juga petikan petikan-petikan ucapan daripada tokoh-tokoh agama timur tengah telah dipaparkan, jelas sekali ucapan mereka itu menyeru kepada keganasan sehingga berlaku beberapa siri penentangan yang dianggap sebagai jihad sedangkan kadang-kadang ianya lari daripada landasan agama Islam yang sebenar.

Islam adalah sebagai satu agama yang menyeru kepada kedamaian di mana ianya berkembang melalui akhlak dan perlakuan yang baik di kalangan penganutnya, tetapi hari ini ianya gagal dicerminkan oleh ramai penganut agama Islam itu sendiri. Ini telah menjadi penyumbang utama kepada salah tanggapan orang lain terhadap agama Islam itu sendiri.

Hari ini jabatan-jabatan agama Islam seperti JAKIM, imam masjid yang dibayar, penceramah-penceramah Profesional kelas A dan parti politik yang mengaku sebagai Parti Islam mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada kekeliruan yang berlaku terhadap agama Islam, terutamanya didalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Disini pihak kerajaan hendaklah menganjurkan beberapa siri dialog terbuka atau dimasjid-masjid memberi ulasan dan penerangan terhadap apa yang dipaparkan oleh Filem Fitna ini. Penjelasan terhadap petikan ayat suci Al-Quran yang di salah ertikan di dalam filem Fitna ini perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan terhadap agama Islam terus berlaku. Penerangan mengenai agama Islam adalah satu sebagai agama yang sentiasa menganjur kepada kedamaian perlu dijelaskan kepada masyarakat.

Sebagai seorang umat Islam kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar agar sentiasa bersedia membawa imej Islam sebagai satu agama Kedamaian dan bagi menjayakannya umat Islam perlulah menghayati apakah itu Ihsan, Iman dan Islam, agar kita dapat membawa agama Islam ini sepertimana yang dianjur oleh Nabi Muhammad SAW.

Anak muda Islam perlu sentiasa bersedia, kerana pada hari ini peperangan Idelogi dianatara Yahudi (zionis) dan Islam jelas ketara berlaku dan menjadi isu antarabangsa. Penyediaan anak muda bagi meningkatkan keimanan perlu dianjurkan kerana hari ini ramai yang tahu berbicara mengenai Islam tetapi gagal menghayati apa itu Iman. Maka apa yang terjadi hari ini generasi muda kita amat mudah hanyut ke dalam dakyah-dakyah Yahudi (zionis), lihat sahaja permasalahan moral dan isu murtad dikalangan umat Islam di negara kita hari ini.

Add comment May 14, 2008 ana

Tinta dari seberang laut…

Beberapa hari yg lepas, 9-12 May aku telah menghadiri satu kursus biro tatanegara yang diadakan di langkawi. Bertemu dengan kawan baru dari 4 buah universiti yang berbeza. Pada mulanya ingatkan kursus penulisan yang perlu mengarang ayat yg berjela2 panjangnye.hehe..

Tp bg diriku kursus ini sangat berbeza dan dapat bnyak ilmu yg x pernah ku tahu sebelum nie.. fasiku sangat banyak pengalaman dan ilmu yg diberkongsi bersama2. Aku sngat suke mendngar ceramah dan muzakarah yang diberikan..dpt membuka minda dan fikiran yg cetek ini..terima kasih abang patin..

Rupa2nye kursus ini pasal blog. macam mane blog sbgai salah satu cara untuk menyebarkan ilmu selain tv, radio dan surat khabar melalui intenet.. Ada baik ada buruk, ada yg benar dan ade input yang salah..so sebagai pembaca perlu la menilai dan mengkaji dngan betu. Ambil yg baik buang yg buruk sebagai iktibar dan pengajaran.Ada kala blog ini x boleh dipercayai dan ada kalanya betul..Kami dikehendaki mmbuat blog dan friendster berdasarkan tajuk2 yg diberi.. huh.. tajuk yg sungguh mencabar dan perlu pengetahuan yg lebih.. Banyak juga info yg saya dpt berdasarkan tajuk ” Agenda Yahudi Terhadap Islam ” …

Tanpa disedari banyak agenda yahudi sekarang yg menular dalam masyarakat kita…tanpa saudara-saudari sekalian perasan… Terdapat bnyak agenda yahudi termasukla dari segi ideologi, pendidikan, media massa, ekonomi dan bnyak lg… Terdapat juga soalan2 orang kafir yg dpt menggugat akidah kite orang islam sekiranya iman x kuat… Bnyak kes2 murtad dan terdapt filem2 yg menghina islam..nauzubillah..ape nak jadi sekarang… bangkit la semua wahai umat islam..sedarlah kite.. terdapt bnyak agenda mereka untuk menakluk negara kita dan dijadikan sebagai republik…sedarlah dan bangkit laa….

Yang pasti semua ini ade pengajaran dan manusia perlu sedar…. citer fitna, kes sufiah, lina joy, barangan yahudi dan bnyak lg… 

Add comment May 14, 2008 ana

\(*_*)/ My Birthday …

8 may merupakan hari bersejarah bg diriku, dimana aku dilahirkan. Bersyukur kehadrat ilahi kerana aku masih bernyawa sehingga sekrang dan sempat menyambut kelahiranku yang ke-**… Terima kasih mak ayah kerana melahirkan aku kat dunia ini…

Semoga diriku lebih tabah untuk mengharungi hari2 mendatang serta dirahmati dan diredhai ALLAH..

Kepada kawan2..terima kasih diatas ucapan kamu semua… semoga hidup korang semua dirahmati ALLAH hendaknya…ANA minta maaf sekiranya ada salah n silap sepanjang kite berkawan…thanks to being my friends… GOOD LUCK in your LIFE !!!…

SALAM …:D

Add comment May 8, 2008 ana

Previous Posts Next Posts

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Aug    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Most Recent Posts