~$ Cinta Agung 2

Aku tahu Engkau Tuhanku

Adalah cinta agung

Akupun mahu mencintai-Mu

Aku tahu mencintai-Mu amat perlu

Dia kemuncak daripada

segala kebahagiaan

Aku berusaha kearah itu

Tapi cintaku pada-Mu Tuhan

selalu terganggu

Oh banyak..yang datang menganggu

Nafsuku dan syaithan terkutuk

Dunia mempersona menggamit selalu

Diwaktu itu

Lupa ku pada Mu

Cintaku..jauh sekali

Sekali sekala

Datang juga

Walaupun sedikit

Terasa indahnya

Kemudian lupa lagi

Adakalanya lupa ku pada Mu berpanjangan sekali

Kemudian sekali sekala

sedar kembali Engkau Cinta Agung

Engkau patut dicintai

Selepas itu ku lupa lagi

Begitu cinta ku kepadamu Tuhan

dengan kelalaian silih berganti

Oh Tuhan…

Dengan hati yang sedih ini

Tolonglah aku dengan rahmat-Mu

Bantulah aku mencintai-Mu

agar cinta yang palsu

terbunuh sendiri

itulah harapanku

pada-Mu…

Add a comment August 6, 2008

=% Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Add a comment August 6, 2008

~& Maksud, Fadhilat & Khasiat Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.Ia dinamakan ‘Ummul Quran” (yang bermaksud induk Al-Quran) atau “Ummul Kitab” (yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH :

1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki- Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”

Sesungguhnya fadilat Surah al-Fatihah itu terlalu besar. Ia bacaan yang wajib setiap kali solat dan diulang sebanyak 17 kali sehari. Sebahagian fadilat yang dapat dikongsi ialah Rasulullah SAW pernah bersabda `’fatihatul kitab itu ubat dari segala penyakit’.

Dalam hadis yang lain Baginda menyatakan ‘Fatihatul kitab adalah ubat bagi segala racun’. Banyak kitab masyhur membicarakan mengenai fadilat surah al-Fatihah dalam merawat pesakit sama ada mental atau fizikal. Ia juga digunakan untuk mendapatkan kesembuhan sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu bahawa dia pernah sakit di Makkah, tanpa tabib dan ubat. Lalu dia minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap orang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Surah al-Fatihah hendaklah dibaca dengan ikhlas dan betul bacaannya supaya mendapat fadilat dan keberkatan. Amalkan membaca fatihah setiap kali selepas solat sunat insya-Allah banyak keberkatan yang diperolehi serta sebagai persediaan diri dan pengadang dari keburukan.

p/s: Ini adalah salah satu article yang sy cari di internet utk dikongsi bersama..

sumber: tafsir al-Quran online
maksud, fadhilat dan khasiat surah al-Fatihah

Add a comment August 6, 2008

~$ Ayat-ayat cinta

Artist : Rossa
Title : Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud

Add a comment May 15, 2008

~= Fitna.. satu propaganda @ bala?

Umumnya, filem fitna ialah filem pendek yang didokumentarikan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang ternyata menyebarkan suatu propaganda iaitu muslim (orang islam) adalah suatu ancaman baru kepada Negara-negara Barat.

Di dalam dokumentari tersebut, Dapat dilihat musuh-musuh islam menyelewengkan makna sebenar 4 ayat al-quran di mana ayat yang menekankan kita memerangi orang-orang kafir harbi. Kemudian, dipertontonkan klip-klip ucapan pemimpin-pemimpin dunia islam yang menyeru kepada jihad yang dilihat sebagai terlalu ingin membunuh mereka (org barat). Diwawancara pula anak-anak pelarian dan orang-orang tertentu yang mana memburuk-burukkan lagi islam.

Hakikatnya, dunia islam menjadi gempar dengan peristiwa ini. Dapat dilihat berlakunya demonstrasi jalanan sehingga membawa keganasan di seluruh dunia berdekatan dengan Kedutaan Belanda.

Seharusnya, masyarakat umum islam marah terhadap propaganda ini yang ternyata menambahkan lagi islamophobia di kalangan orang barat selepas peristiwa 9/11. Perbuatan Geert yang ternyata boleh memesongkan pandangan masyarakat barat yang tidak tahu apa itu islam sebenar.

Namun, penyebaran dokumentari fitna itu bukanlah sekadar propaganda, namun ianya juga adalah bala yang diturunkan oleh ALLAH kepada umat islam yang semakin lalai dan lupa. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Namun, mari kita berfikir kembali bagaimana sejarah kejatuhan empayar Turki Uthmaniah kepada tentera-tentera kafirun semasa perang dunia pertama. Adakah kejatuhan empayar itu semata-mata hanya kerana kekalahan kepada pihak byzantin? Tidak, itulah bala yang diturunkan kepada umat islam yang semakin leka. terlalu mencari kuasa, terlalu mencari harta, terlalu mencari takhta dan terlalu mencari wanita.

Oleh itu, mari kita renungkan kembali…
Adakah kita umat islam ini bersatu atas nama saudara seislam? Adakah kita berani bangkit apabila saudara kita diserang oleh musuh-musuh islam?

Senario hari ini jelas kelihatan saudara seagama ini sudah tidak lagi bersatu, malah semakin banyak kabilahnya. Sehinggakan musuh kita terang-terang menghina agama ini, tetapi tiada daya upaya umat islam yang lebih daripada separuh populasi dunia untuk menentang.

Seharusnya kita bangkit bersama-sama menentang musuh islam, bukanlah bertelagah sesama sendiri. “Bersatu itu adalah pokok segala kebaikan, dan berpecah itu adalah pokok segala perpecahan,” kata Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad di dalam bukunya “Nasihat Agama dan Wasiat Iman”.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk terus menerus memerangi kegiatan tentera zionis dan byzantin ialah:

1) Menunjukkan ketidakpuashatian dengan memboikot barangan keluaran Belanda.

2) Menyokong filem-filem yang menerangkan keindahan islam seperti filem Ayat-ayat Cinta (DIambil daripada novel Habiburrahman Saerozi)yang bakal ditayangkan di pawagam berhampiran.

3) Memerangi secara terang-terangan kafir-kafir harbi ini. Jika tidak boleh dengan kuasa, perangilah dengan kata-kata. Jika tidak boleh perangi dengan kata-kata, maka bencilah kamu sebenci-bencinya perbuatan mereka itu di dalam hati.

Ayat-ayat cinta bakal menjadi filem yang dapat menolak ideologi songsang musuh islam terhadap islam. Insya Allah, saya akan membicarakan berkenaan dengan filem Ayat-ayat Cinta pula selepas ini. (Tak khatam lagi membaca novelnya)…

Add a comment May 14, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

December 2016
M T W T F S S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Most Recent Posts