;;~ Filem Fitna sebagai pengajaran…

May 14, 2008 ana

 

 

Filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders baru-baru ini telah mendapat kecaman yang hebat oleh hampir semua masyarakat Islam di dunia. Di malaysia isu mengenai filem ini turut mendapat perhatian setelah ianya dibangkitkan oleh golongan atasan di dalam negara.

Apabila sesuatu perkara itu menjadi perhatian dan dengan sifat semula jadi yang ada didalam diri manusia, maka manusia akan mencari sumber bagi mendapatkan kebenaran mengenai apa yang dikhabarkan tentang filem itu. Jadi sumber yang cukup popular dikalangan masyarakat hari ini adalah melalui internet. saya sendiri telah menontonnya di internet melalui saluran You Tube iaitu satu-satunya saluran TV yang gagal dikawal ataupun disekat oleh kerajaan Malaysia.

Daripada pemerhatian yang dibuat, filem ini jelas cuba menyemai kebencian agama lain terhadap agama Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama yang ganas dan tidak berperikemanusian. Apa yang dipertontonkan seolah-olah Islam itu tertegak dengan kekerasan atau melalui peperangan. Sebagai seorang yang beragama Islam kita mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin Allah Subhanahuwata’ala, persoalannya disini kenapa filem ini di izinkan Tuhan? Apa iktibar yang boleh kita ambil daripada filem ini?

Setelah menonton, saya dapati proses pembikinan filem ini adalah cukup mudah dengan hanya mengambil beberapa petikan ayat Al-Quran dan para pelakonnya adalah terdiri daripada umat Islam sendiri. Kelakuan-kelakuan yang ditunjukkan oleh umat Islam terutama sekali yang berada di timur tengah gagal mencerminkan Islam sebagai agama kedamaian. Di timur tengah pelbagai aksi ganas umat islam sewaktu mengadakan demonstrasi dan rusuhan telah dimuatkan didalam filem ini dan terdapat juga petikan petikan-petikan ucapan daripada tokoh-tokoh agama timur tengah telah dipaparkan, jelas sekali ucapan mereka itu menyeru kepada keganasan sehingga berlaku beberapa siri penentangan yang dianggap sebagai jihad sedangkan kadang-kadang ianya lari daripada landasan agama Islam yang sebenar.

Islam adalah sebagai satu agama yang menyeru kepada kedamaian di mana ianya berkembang melalui akhlak dan perlakuan yang baik di kalangan penganutnya, tetapi hari ini ianya gagal dicerminkan oleh ramai penganut agama Islam itu sendiri. Ini telah menjadi penyumbang utama kepada salah tanggapan orang lain terhadap agama Islam itu sendiri.

Hari ini jabatan-jabatan agama Islam seperti JAKIM, imam masjid yang dibayar, penceramah-penceramah Profesional kelas A dan parti politik yang mengaku sebagai Parti Islam mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada kekeliruan yang berlaku terhadap agama Islam, terutamanya didalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Disini pihak kerajaan hendaklah menganjurkan beberapa siri dialog terbuka atau dimasjid-masjid memberi ulasan dan penerangan terhadap apa yang dipaparkan oleh Filem Fitna ini. Penjelasan terhadap petikan ayat suci Al-Quran yang di salah ertikan di dalam filem Fitna ini perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan terhadap agama Islam terus berlaku. Penerangan mengenai agama Islam adalah satu sebagai agama yang sentiasa menganjur kepada kedamaian perlu dijelaskan kepada masyarakat.

Sebagai seorang umat Islam kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar agar sentiasa bersedia membawa imej Islam sebagai satu agama Kedamaian dan bagi menjayakannya umat Islam perlulah menghayati apakah itu Ihsan, Iman dan Islam, agar kita dapat membawa agama Islam ini sepertimana yang dianjur oleh Nabi Muhammad SAW.

Anak muda Islam perlu sentiasa bersedia, kerana pada hari ini peperangan Idelogi dianatara Yahudi (zionis) dan Islam jelas ketara berlaku dan menjadi isu antarabangsa. Penyediaan anak muda bagi meningkatkan keimanan perlu dianjurkan kerana hari ini ramai yang tahu berbicara mengenai Islam tetapi gagal menghayati apa itu Iman. Maka apa yang terjadi hari ini generasi muda kita amat mudah hanyut ke dalam dakyah-dakyah Yahudi (zionis), lihat sahaja permasalahan moral dan isu murtad dikalangan umat Islam di negara kita hari ini.

Entry Filed under: ^_^|| Cerita-ceriti ||^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Most Recent Posts

 
%d bloggers like this: